Dalam diamku, ku brusaha menjauhimu, bukan bererti membencimu, cukuplah Allah mengetahui seberapa besar rasa yang ada di dalam hati ini. Dan hanya ALLAH lah yg punya hak menghalalkan rasa ini. Kerna ku yakin ALLAH Maha Mengetahui di mana pelabuhan terbaik buat hati ini.

Monday, 9 July 2012

Tatkala Cinta Berbisik



Bukan namanya cinta 
jika hanya tahu mengambil kesempatan
Itu bukan Cinta
Jika dibiar gantung tidak bertali
Janji bagai tunggul kesepian
Cinta tidak mungkin
dilumur dengan hawa nafsu semata
Cinta tanpa kasih
ibarat jasad tanpa nyawa.


Sesungguhnya
Cinta itu anugerah kudus ciptaan Illahi
Tiada cela baginya.
Cinta itu indah
dan yang indah mutlak hanyalah satu 
iaitu Yang Maha Esa. 
Cinta yang abadi.
Cinta yang akan menemanimu
 sepanjang perjalanan hidup di dunia ini dan di akhirat sana.


"katakanlah..jika kamu menyintai Allah,
maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu."
[ali-imran: ayat 31]

nukilan isi hati,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling jaya.
10 Julai 2012
02:09 a.m

Friday, 11 May 2012

Tuhan, Jagakan Dia.

Ya Tuhan, ampunkan dosa diri dan hati ini, lantaran kerana kekadang dibuai perasaan rindu yang taksub dengannya, kekadang rasa ingin disayangi secepatnya sehingga aku terlupa batas syarak yang kukuh tegak dalam ad-dinMu. Jangan pernah hilangkan rasa suka pada manusia, jangan pula hilangkan rasa cinta yang tak terhingga pada sesuatu sehingga diri ini merasa terbeban atas heretan jauh fitrah yang ingin dicintai. Ya Tuhan, jika benar mahligai indah, bahtera tersergam indah akan jadi milik kami bersama, utuhkan rasa bertaut dalam diri, utuhkan rasa kesetiaan sehingga langkah halal yang akan dibawa kelak. Ya Allah hanya berjauhan cinta tetap berputik, alangkah kejam jika aku hanya merasa tertunggu dan menunggu, biarkan dua jasad ini memperoleh barakah dalam perkahwinan kelak. Biarlah tanpa bicara, biarlah tanpa pertemuan. Pasti dengan perancangMu Tuhan, Kau utuskan dia yang terbaik. Biarlah titik-titik hitam tidak mencalarkan rentangan putih yang tersedia bukan dicoret rakus dengan dosa kemaksiatan. Suatu hari, ia pasti akan tiba. Allah memberikan ruang untuk bermuhasabah. Mencari dia tidak mudah dan tidaklah payah. Berkat iringan doa. Ada tetap ada. Sabar wahai hati, kejarlah apa yang terpenting di depan mata dahulu. Allah punya kuasa. Bidadari syurga bukan sembarangan, ada sabar dalam ujian. Doa. Tolong jagakan dia untuk aku Ya Allah.

Saturday, 5 May 2012

Cintaku Bukan Bunga Kertas

Bismillahirrahmanirrahim..


Cinta itu apa ya...?.
batu ?, kertas? , atau mungkinkah cinta hanyalah sebuah illusi semata?
"Perasaan kau saja tu.."bisik hati kecil ini.
Perasaan??..perasaan apakah itu..?
Daku memulakan kembara mencari makna cinta.
Berjalan dan terus berjalan..
Telah ramai manusia yang daku ketemu
Semuanya memberi tafsiran cinta yang berbeza-beza.
ada yang berkata,
'hidup tanpa cinta hidup yang tak bermakna..'
benarkah dakwaan itu?
Ya,betul..mana mungkin aku boleh hidup tanpa cinta?
Kerana cinta
 aku ada disini...
Allah masih sayang dan cintakan kita.
Tak pernah pun sekali Dia biarkanku sendirian.
Sehingga saat ini 
aku masih mampu menghirup udara 
pinjaman dari Tuhan.
Alhamdulillah.


Syukur dan terima kasih ku panjatkan
Kerana rasa kasih sayang ibu dan bapaku
daku telah lahir didunia ini.
Kerana cinta,
 mereka membesarkan dan mendidikku
tanpa pernah rasa jemu.
Aku tak mungkin hidup tanpa cinta.
Kerana cinta,
aku menjadi kuat untuk menempuh segalanya
aku tak perlu lagi merasa gentar dan ragu,
kerana aku cinta Lillahitaala.
kepada 
Rasul Junjunganku, Nabi Muhammad s.a.w
Ibuku,
Abahku,
keluargaku
sahabat-sahabatku serta 
semua saudara seislamku di dunia ini.
Demi cintaku pada Allah.
Takkan ku undur walau setapak dari medan tempur ini.
Walaupun aku rebah,
jatuh tersungkur ,harapanku pudar
dan sayapku patah,
aku janji
Aku tak akan berputus asa.
Allah masih memberiku peluang..
kesempatan masa masih terlalu banyak
tiada alasan untuk daku mengalah.
InsyaAllah..


'Cintaku Bukan Bunga Kertas
yang apabila sudah layu akan gugur ditiup angin.
Cintaku akan terus hidup dan mekar buat selamanya
kerana ia tumbuh segar di dalam hatiku ini.'


Bicara hati,
QausuQuzahin
Cfs IIUM ,Petaling Jaya.
5 Mei 2012
12:48 a.m

Wednesday, 18 April 2012

Persoalan Cinta Tak Buta

Bismillahirrahmanirrohim..


Assalamualaikum pembuka bicara..kali ni saya nak tulis pasal 'cinta tak buta'?.Macam pelik je kan bunyinya?.. Tapi tak mengapalah,sekadar renungan bersama.Ditulis berdasarkan apa yang telah dicedok sedikit dari pengalaman hidup.

1.Nak tahu tak kenapa saya kata 'cinta tak buta'?,
Sebab..cinta sebenarnya tak buta. Tapi cinta dibutakan..Saya tengok orang yang bercinta ni bukannya buta pun.Mereka yang membutakan cinta.Betul tak?

Sebab cinta,
mereka rela...
membutakan mata hati,
sehingga tak dapat bezakan antara yang hak dan batil..
sanggup memekakkan telinga dari dengar nasihat orang,

Padanya
yang haram pun akan dibuat jadi halal..
padahal bukan dia tak tahu
dosa tetap dosa
Selagi kita belum terikat dengan ikatan pernikahan yang sah..
tak gitu?..

Cinta sememangnya fitrah.
Tetapi ia juga boleh mengundang fitnah.




#Bila dah bercinta?
semua benda pun nampak baik
halal dan haram diketepikan..
tak ada apa yang lebih indah dari
lihat wajah kekasih hati masing-masing..
Sms,skype,facebook dan twitter pun bisa jadi medan bermain cinta.
Hati-hati menjaga hati..
jangan sampai terjatuh hati sesuka hati..
Cinta memang tak salah,
cuma perlu mujahadah.


#Tapi.. mujahadah ni susahlah.. :(
Ya,Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.memang,Bukan perkara mudah nak melawan cinta bersalut nafsu ini.Tapi ingatlah,sampai bila kita nak terus bergelumang dengan dosa-dosa yang tak terhitung ni?Takkan nak tunggu malaikat maut datang bagi salam dulu,baru nak bertaubat?.ingatlah, Allah sangat sayangkan hambanya yang sabar.Jadi bersabarlah.

#Cintakan sesama manusia kerana Allah? 
kalau begitu, pimpinlah cinta itu ke syurga. jangan sesekali kita membawa cinta itu ke jalan-jalan yang boleh mendekatkannya kepada maksiat. Hindarilah dari melakukan perkara yang sia-sia. Semoga kita bahagia tidak hanya di dunia,malah bahagia jua di akhirat.Jika benar cinta kerana Allah,maka nikahilah si dia kerana Allah jua. Sesungguhnya itulah pembuktian cinta yang sejati.


Sedarlah,duhai hati..
Bahawa rasa cinta itu datangnya dari Allah Yang Maha Pengasih,
Cinta itu sangat suci.
Sungguh besar nilainya.
Ianya Hak milik Allah yang hanya dipinjamkan kepada kita.
jagalah amanah itu sebaik-baiknya.
Janganlah,kita coba
Mengotori cinta dengan hawa nafsu.
Jangan diganggu gugat akan ia.

Kerana mungkin suatu hari nanti,
Rasa cinta itu akan pulang kepada Pemiliknya yang asal
jika kita tidak membatasinya dengan pagar syariat .
Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan jodoh kita,
mohonlah pada-Nya semoga dipertemukan dengan orang yang soleh/hah..


Biarkanlah ia dulu..
Lambat atau cepat datang jodoh
bukanlah persoalannya..
kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Kita hanya mampu merancang,
Namun sebaik-baik perancang adalah Allah..
hanya Dia yang layak menentukannya.
Yakinlah pada Allah
Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kamu..
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Harapanku,
Moga dikurniakan cinta yang berada di landasan yang benar
Cinta yang mampu mendekatkanku dengan Allah
bukannya cinta yang makin menjauhkanku dari rahmat Allah..
Amin..

Sesungguhnya ,
Ilmu itu cahaya
cahaya itu tidak akan menembusi
ke dalam hati yang penuh dengan maksiat
Dan ketahuilah,
hanya dengan mengingati Allah ,hati akan jadi tenang~

Akhir kalam,
Celikkakanlah cintamu
dengan Cinta Allah yang sejati

wallahua'llam..

p/s:
#bila nak cakap pasal cinta ni memang panjang lebarnya..hoho..tapi dipendekkan jadilah macam ni.
#harap maaf jika ada tersalah tulis ke apa.







Dengan Cinta,
QausuQuzahin.. 
Cfs IIUM,Petaling jaya.
http://qausuquezahin.blogspot.com/2012/01/cinta-tak-buta.html

Saturday, 14 April 2012

Catatan Dari Kekasih



Kepada calon suamiku yang masih ghaib.Dimanapun kau berada , "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh." Ku ingin sampaikan pesan buatmu:


Hidup ini memang tak selamanya indah,tapi yakinlah, keindahan itu ada dalam hidup ini..kau tanya bagaimana kebahagiaan tapi tempuhlah jalan menuju bahagia.


Biarlah orang berkata cinta itu buta, tapi jangan kau pandang aku dengan mata yang terpejam. Cinta bukan permainan muda-mudi hingusan tetapi cinta adalah pengertiaan, pemahaman, dan pengorbanan. Kebersamaan dalam cinta adalah kebersamaan ideologi walaupun raga saling terpisah.
Jika kau berkata cinta itu sulit, sebenarnya engkaulah yang menyulitkan cinta.


Cinta bermakna kemerdekaan.Kerana cinta tak menghendaki penghambaan sesama hamba. Kau bebas memilih untuk mencintai atau tidak.Tetapi kau tidak berhak untuk mencintaiku kemudian meninggalkanku sesuka hatimu.


Aku bukanlah pakaian yang jika sudah kau bosan,lantas kau buka dan tinggalkan. Aku adalah cinta yang akan menjadi cinta sampai bila-bila pun dan dimana-mana pun.


Jadi jangan katakan cinta tanpa bukti.Sebaliknya, sekali kau mengucapkan cinta,berpantanglah dari mencabutnya kembali. Bersamaku kita akan bertatih menuju bahagia.


Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dari hamba Allah yang berdosa,
QausuQuzahin.
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
09:36 p.m
2 April 2012
http://qausuquezahin.blogspot.com/2012/04/catatan-dari-kekasih.html


P/s:
#warkah ini di pinjam dari kata-kata Shariman Wahap,penulis buku 'Terimalah Pinanganku'.
(diubah sedikit untuk kesesuaian keadaan.harap maklum,terima kasih.)

Thursday, 5 April 2012

Sanubari Menyulam Rasa


Jantung berdegup kencang
Naik turun nafas bergoncang
Suatu rasa yang sukar diungkapkan dengan lisan
Aku hanya mampu mengintai langit 
dari kejauhan..

Mahunya aku berlari ke bulan 
Bukankah aku Sang pungguk?
Seharusnya aku yang berada di situ
sebaliknya
Kejora pula yang ditemani Bulan
Aku bingung sendirian. 

Rasa apakah yang menyinggap di jendala hati ini?
Mengapa ia perlu hadir dikala ini?
Sungguh daku terasa seperti ditusuk tajamnya duri 
tepat di kalbu..

Bukan aku cemburu,
cuma aku rindu.
Bukan aku benci,
Tapi aku ....
Ahhh..
Perihnya terlalu pedih

Angin sepi makin berombak di dasar sanubari.
Sudah lupakah irama akan lagu? 
Padahal dulunya melodi kita pernah senada..

Andai bisa 
Ku bertanya kepada Sang Bulan,
Mengapa dikau menjauh dari Si Pungguk?
....
Persoalan yang tak pernah terbalas.
Diammu seribu bahasa.


Namun ku tetap berdoa,
Moga cahaya Rembulan akan makin bersinar 
disisi Bintang di angkasa. 
Amin..

p/s:
credit to N.A

Pungguk Merindu,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
08:53 p.m
5 Mac 2012

Tuesday, 20 March 2012

Metafora Cinta untuk Kamu

 
Genap sepurnama
pungguk terpisah dari sang rembulan
Rela melepas rindu di medan tempur
kekasih hati cuma sandaran
Redha Maha Kasih lebih diutamakan
disisi pengembara mencari cinta

Cinta ini
ku persembahkan untuk kamu
melalui kalam persis hembusan bayu
akanku cipta puisi indah dengan sepenuh jiwaku
padamu
Ku harap kamu menatap ia
pabila kita telah menjadi 
sepasang kekasih halal nanti
bukan masanya sekarang
Akar pokok itu masih belum kuat
untuk menampung dahan pohon yang berat
Bukit serta gunung, juga belum tentu
mampu memikul bebanan ini,
ya ,Amanah dalam cinta.



Cinta bukan sekadar kata
janji manis yang terlafaz dibibir semata
Ia terzahir menerusi kasih 
disaat kalbu kita telah bersatu 
lalu tersimpul mati di tali akad cinta nan suci
anugerah terindah dari Illahi .
 
Sang awan putih mengintai jauh dari atas sana  
Terus berarak dibawah langit bisu
kerna mual melihat haru biru manusia
ragam dan gelagat insan yang katanya
mencari cinta
ada yang tersesat dalam belukar cinta
ada juga yang tidak ketemu cinta
madah cinta ditabur disana sini
Apakah itu cinta?

hakikatnya
cinta itu dekat
ada dalam hati kita.
tak perlu berlari mengejarnya
takut terjatuh dalam jerat yang tak terkira dalamnya
berjalanlah perlahan-lahan..
kelak pasti 
sampai jua ke destinasi cinta yang dituju..

cukuplah dengan mengemis kasih Illahi,
itulah kebahagiaan hakiki..
yang daku cari.


Salam sayang,
QausuQuzahin..